<<
>>
 

Jenis masalah B2;

Memilih plugin yg sesuai

 

1. Pastikan fail/ plug in tu ada disimpan di DALAM folder yg betul ([plugin])

2. Kenal pasti keupayaan komputer anda.

 

Pemilihan GPU plugin

Pemilihan GPU plugin bergantong dengan kemampuan prosessor komputer dan kad video anda. Walaubagaimanapon, kad video adalah menjadi keutamaan untuk kepuasan bermain.

Jika memori kad video kurang dari 6 MB gunakan software rendering. Cuba gunakan Direct 3D plugin untok memori kad video yg lebih dari 8 MB. Manakala penggunaan Open GL pula bermanfaat untuk kad video 16 MB keatas.

Antara GPU plugin yg popular dan yg bermutu adalah dari jenis Pete's GPU plugin (D3D/ OGL)

Pengguna yg mempunyai kad video bermutu seperti Geforce atao Voodoo 5 boleh memanfaatkan teknologi FSAA sama ada Direct3d atau OpenGL.

 

Pemilihan SPU plugin

Pemilihan SPU plugin pula bergantong dengan kad audio dan sedikit kemampuan prosessor. Mengkonfigurasi SPU adalah mudah. Sebaik2nya, gunakan kad yg kompatibel dengan Windows seperti Sound Blaster.

SPU plugin seperti Pete's SPU sangat kompatibel dan bermutu. Manakala SPU plugin drpd Iori & Andy lebih berkualiti tetapi tidak seKompatibel Pete SPU plugin.

 

Pemilihan CDRom plugin

Pilihan ini adalah mudah sekali kerana kebanyakan CDRom plugin yg ada telah pun kompatibel dengan ePSXe sendiri. Walaubagaimanapun bacaan CDROM mungkin tidak selancar konsol PSX sendiri.

Pengarang (Neo..) lebih mengutamakan penggunaan ISO daripada CDROM kerana ISO adalah fail yg disalin dari seluruh kandungan CDROM. Walaubagaimanapon ISO sesuai digunakan jika anda mempunyai sistem yg bagoz.

 

3. Periksa konfigurasi tambahan anda

<<
>>